Tuesday 31 October 2017

Cerita Doktor Diserang Kanser Hidung...

Sekarang ni saya selalu share tentang Therapy Anion, produk Aculife, German...

Cuma, kat Malaysia ni Sole Distributor nya adalah Aculife (M) Sdn Bhd yang diasaskan oleh Dr.Ridhuan Hoe yang mempunyai pengalaman sebagai Doktor Perubatan selama 40 tahun di Hospital Besar Taiwan,

Cuma, tahun 1992, beliau disahkan menghidap Kanser Hidung, selepas Chemo, tahun 1998 Kanser beliau datang serang lagi sekali, waktu tu beliau dinasihatkan oleh rakan Doktornya untuk Chemo lagi sekali, namun, pada waktu tersebut, beliau buat keputusan untuk TIDAK meneruskan Chemo...

(Hanya orang yang pernah kena Chemo sahaja tahu betapa sakitnya prosedur tersebut)

Beliau buat keputusan untuk menggunakan kaedah lain untuk merawat Kanser Hidungnya,

Tak lama selepas itu, beliau berjumpa dengan rakannya yang juga seorang Doktor mengatakan Kanser yang beliau hidapi boleh pulih dengan syarat beliau menggunakan Mesin ini (Sambil menunjukkan Therapy Anion kepada Dr.Ridhuan Hoe),

Dr.Ridhuan Hoe nak pinjam, tapi rakannya tak bagi pinjam, kata beliau pada Dr.Ridhuan Hoe : "Saya tak boleh bagi you pinjam, ini mesin you kena duduk lama, baru boleh baik, kalau pinjam, you nanti takda komitmen, kalau betul you mahu pulih, you pergi German dan cari ini mesin..."

Dr.Ridhuan Hoe dengan daya tenaga yang sangat lemah, ditemani Pembantunya, pergi ke German untuk mencari mesin tersebut, beliau beli 3 set terus, kerana bimbang mesin tersebut rosak di tengah jalan, at least ada 2 set spare untuk digunakan...

Alhamdulillah, kurang 6 bulan beliau menggunakan Therapy Anion, sehingga kini beliau telah pun pulih daripada Kanser Hidungnya & cerita di atas berlaku kepada Dr.Ridhuan Hoe 20 tahun yang lalu, kini, beliau menikmati hidup yang sihat walafiat pada usianya 83 tahun, Alhamdulillah, 

In shaa Allah, saya akan ceritakan lagi tentang beliau pada entri yang akan datang...

Sunday 4 December 2016

3 Bukti Drama "Suri Hati Mr Pilot" Kurang Nilai Moral...

Asalnya saya tengok daripada awal cerita Suri Hati Mr Pilot ni, namun, selepas beberapa episod, saya nampak sedikit 'pelik' & terdapat kelemahan dari segi penceritaannya, seolah Penulis berada di alam fantasi & menulis dengan mengabaikan nilai moral...

Bila abaikan nilai moral, cuba bayangkan, apakah persepsi Pembaca, bahkan jutaan Penonton siri drama tersebut?



Asalnya hari tu masa drama ni tamat, saya dah nak tulis, tapi, tak sempat, then, bila dah lama tamat, aura pun dah 'sejuk', saya pun lupakan jela nak tulis apa-apa...

Tapi, bila drama ni keluar semula hujung minggu Sabtu & Ahad, saya expect ada baiknya saya tulis jugak...

Jadi, apa yang saya nampak kurang nilai moral?

1. Masa awal-awal drama ni start, si Warda derhaka kepada Ayahnya, beliau ingkar kata Ayahnya untuk berkahwin dengan lelaki pilihan Ayahnya, si Warda ni pun lari dari rumah, rasanya 1-2 tahun, takda masalah bab lari rumah tu, sebab memang biasa terjadi, namun, apa yang ditunjukkan dalam tempoh si Warda ni lari rumah atau ingkar kata Ayahnya? Kelihatan kehidupan si Warda senang & gembira seolah takda apa-apa masalah menjadi seorang anak yang derhaka...

2. Waktu si Warda nak kahwin dengan si Ejaz Fakri, si Warda rasa seolah keputusannya tak betul, beliau rasa nak lari lagi dari rumahnya, apa yang Mamanya kata? Yang saya ingat Mama nya kata : "Ambil kunci ni, kalau Warda rasa dengan lari lagi sekali ni adalah keputusan terbaik Warda, Mama relakan..."

3. Masa Ejaz Fakri kemalangan & kakinya lumpuh, boleh pulak si Warda yang sememangnya Isteri kepada Ejaz Fakri lari meninggalkan suaminya sendiri, bertahun-tahun tanpa berita & yang digambarkan dalam tempoh tersebut, si Warda seolah bahagia & gembira hidup tanpa suami...

3 point ni je yang saya nampak kurang nilai moralnya & seolah Penulis meletakkan CINTA & Hawa Nafsu mendahului nilai moral & syariat Islam, inilah yang saya maksudkan seolah Penulis leka dibuai & diulik cinta semasa menulis novel Suri Hati Mr Pilot ni...

Soalan saya...

Apakah persepsi kepada anak-anak muda kita apabila melihat jalan cerita sebegini? Adakah tak terkesan?

Yang saya nampak, seolah-olah Penulis ingin menyatakan apa yang si Warda itu buat adalah betul...

Yang paling membimbangkan lagi, apa akan jadi jika orang muda hari ni membuat perkara yang sama sebagaimana Warda buat? Yela, seolah macam best je menjadi 'Derhaka', duduk luar negara, gembira, takda masalah apa-apa, boleh je makan mewah & lain-lain...

Itu sahaja yang saya concern sangat...



Takda niat apa-apa, sekadar teguran & nasihat supaya Penulis berhati-hati dalam bila menulis novel beliau, lagipun saya tak kenal pun siapa Penulisnya...

Pada saya, Allah & Rasul dah letakkan 'pagar' & batas untuk segala hal & urusan, jika kita melampaui batas, bimbang tak terjawab kita bila bertemu dengan Allah nanti...

Sama ada apa pun pekerjaan kita, mesti dapatkan bimbingan dari para Alim Ulama', jangan suka-suka ikut kepala kita sendiri, kerana itu semua Hawa Nafsu semata-mata...

Saya doakan Penulis sedar & sentiasa sukses dalam kerjayanya...Ameen, In Shaa Allah...! :)

Sunday 20 November 2016

Baru Bangkit Demam 39.7...

Alhamdulillah, Subhanallah...

Kali ke-2 demam tahun ni selepas hanya 1 bulan lepas baru je demam, dekat sangat jarak nak demamnya ni...

Rasanya bukan demam sebab nak demam, tapi, demam disebabkan benda alah bawah ni...


Aduiii, punyalah tak tahan masa mula minum tu, macam biasa Wife kata baguslah untuk kesihatan dalaman, nak cuci toksid-toksid dalam badan, kita ni pun excited jugak nak try kan...

Alih-alih, petang tu rasa macam sakit kepala, bukan pening, but memang sakit sesangat kepala ni...

Allahu Akbar!

Tak cukup dengan tu, esoknya badan naik panas, ini dah hari ke-5 masih lagi rasa sakit-sakit nak demam...Subhanallah...

Bila cerita kat Wife, dia kata, dia & kawan-kawannya pun kebanyakannya semua camtu, dorang kata bila sakit sangat kepala tu, tu lah tandanya banyak angin dalam badan, toksid pun banyak...

Memang kalau boleh nak teruskan minum, bila minum lagi, tambah lagi sakit kepala, macam kejang camtu...Fuhhh...

Lepas dah tau, itu salah satu tanda "Healing Crisis", then saya terus buat macam biasa saya buat bila makan produk yang ada tindak balas ni, buat apa?

STOP dulu 3 hari @ sehingga hilang sakit tu, dah reda, baru minum balik, kebiasaannya kesan baik tu kita akan dapat rasa selepas waktu tersebut...In shaa Allah...

Saya? Masih lagi rasa macam nak demam ni....rehat dulu, 4 hari diam tak jenguk FB...huhu...

Babai...!


Thursday 10 November 2016

Bila Donald Trumph Menang Jawatan Presiden...

Semalam bila Donald Trumph diumum menjadi Presiden, maka semakin kuat saya rasa nak pergi jauuuuhhhh daripada orang, macam Guru saya selalu sebut 'beruzlah', cuma, taklah selama-lamanya, at least dalam 1 bulan, ada waktunya saya rasa perlu untuk duduk jauuuhhh berasingan daripada orang lain...

Di Simpang Pelangai, iaitu sempadan Negeri Sembilan dengan Pahang, Ust saya memang ada buka tempat something like macam pondok untuk pengajian kitab + beramal zikir...

Memang jauh sangat di hujung Kampung, cuma, sangat seronok & tenang bila duduk sana...

Masa awal-awal bangunkan pondok tu pada tahun 2010, saya juga terlibat membantu, walaupun tak banyak, namun, ada lah juga sikit-sikit...

Pekan yang paling dekat di situ adalah Kuala Klawang & sampai sekarang ni saya duk cari rumah untuk disewa di pekan tersebut, namun, masih belum ditemui di Mudah.my...huhu...

Nak sewa je, sebulan sekali bolehlah stay sana sambil ikut pengajian kitab Guru saya + berzikir...In Shaa Allah...

Sebut tentang Donald Trumph tadi, saya duk ingat apa yang Syeikh Abu Zaki sebut dalam kuliyahnya, beliau kata, yang disebut oleh Baginda Rasulullah SAW tentang zaman fitnah itu adalah pada zaman kita ini, iaitu zaman di mana penantian sebelum keluarnya Dajjal Al Masih...

Beliau menasihati kita semua supaya sentiasa melazimi Surah Al Kahfi, semoga Allah melindungi kita daripada fitnah Dajjal, bila sebut tentang lindungan Allah, boleh jadi, kita hidup di zaman Dajjal, namun, Dajjal tidak sampai kepada kita, bahkan mungkin, kita tak tahu pun Dajjal telah keluar, yang kita tahu Dajjal telah pun dibunuh oleh Nabi Allah Isa a.s...In shaa Allah, sentiasalah lazimi Al Kahfi...

Disebut, kebanyakan Ulama' sentiasa bermohon supaya tidak hidup di zaman Dajjal kerana bimbangnya mereka tentang fitnah besar Dajjal, itu Ulama', kita camna? Subhanallah...

Ust Iqbal Zain Al Jauhari pula sebut, bila sampai zaman tersebut, Sahabat tanya kepada Baginda Rasulullah SAW, apa yang perlu kami buat sekiranya sampai kepada zaman tersebut...?

Jawapnya : "Pergilah ke hujung kampung yang jauh daripada manusia, beribadatlah di situ kepada Allah sehingga Allah mencabut nyawamu..."

Allah, bimbangnya lah rasa, takutnya lah rasa...

Tuesday 8 November 2016

Hebatnya Cukup & Berkat...!

Banyak kali berlaku dalam hidup saya sendiri bila sebut tentang bab cukup & berkat ni...

Saya pernah 'win' dalam beberapa perkara urusan hidup, boleh kata macam keuntungan yang dijangka @ yang diminta, minta pada siapa? Allah le, mana lagi tempat nak meminta selain doa padanya...

Banyak lerr contohnya, sampai sekarang ni saya pun tak tahu nak cerita yang mana satu dah ni, betul...huhu, ada yang rasa tak perlu cerita, ada yang rasa nak cerita sangat tapi malu...hmmm...

Saya bagi contoh lain la ek, yang mungkin tak mengaibkan diri sendiri...haha...

Banyak saya jumpa orang bila berdoa pada Allah nak kan itu ini & macam-macam perkara, contoh besar dia nak ada income RM 10,000.00 sebulan melalui bisnes ataupun pekerjaan dia...

Tup tup, selepas beberapa bulan berusaha, akhirnya Allah izinkan dia untuk dapat RM 10,000.00 sebulan income, betul!

Then, selepas beberapa bulan juga, beliau rasa income RM 10k tu tak cukup untuk menampung & menyara kehidupan dia serta keluarganya...

Acaner nak buat tu? Hmmmm....

Sebab tulah Allah & Rasul ajar kita untuk sentiasa mohon pada Allah KECUKUPAN & KEBERKATAN, bila kita minta 2 ni, Subhanallah, kadang kita pun pelik, RM 1k mungkin dah cukup ataupun lebih hebat RM 100k adalah paling cukup untuk kita...

Bila kita minta 2 perkara ini, sebenarnya kita meletakkan sepenuh pengharapan kepada DIA yang Maha Mengetahui keperluan kita & makna lain juga kita langsung tak meletakkan HAD kepada keperluan kita...

Subhanallah, sebab tu, kena ikut saranan Junjungan Baginda Nabi SAW, itulah juga yang diajar Baginda Nabi kepada salah seorang Sahabatnya Tha'labah, namun, dalam kisah tersebut Tha'labah tidak menuruti saranan Baginda Nabi SAW...Wallahu 'Alam...


Monday 7 November 2016

Kembali Putrajaya Ikut Highway LEKAS...

Hujung minggu baru ni saya balik Kampung bersama keluarga, asalnya nak balik tu 1 hari je, tapi jadi 2 hari, biasa untuk orang yang kahwin dekat macam kami, kampung sebelah2...huhu...

Takpalah tu, cuma Ibu lah yang kena adjust shift kerja, asalnya pagi, minta tolong kawan tukar kerja jadi pagi...

Punyalah redup cuaca di kampung, rasanya memang nak banjir, sejuk je memanjang...

Balik kampung baru ni, kami balik semula ke Putrajaya ikut jalan lain sebab malam ke-2 kami bermalam di rumah Abang & Kak Ipar di Kerayong, Bera...

Kami ikut jalan Kuala Pilah, masuk LEKAS & terus ke Putrajaya ikut Kajang SILK...

Seronok jugak ikut sini, jalan Kampung, boleh tengok rumah orang-orang Kampung 'Nismilan'...hehe...

Banyak tempat yang kami rasa nak stop & rehat, cuma, tak sempat, sebab duk kejar masa Wife nak masuk kerja pukul 2.00 petang...

Wife kata, next balik boleh le ikut jalan ni lagi, boleh berhenti banyak tempat...In shaa Allah...

Masa kecik-kecik dulu, saya masih ingat, saya kagum bila tengok rumah yang besar2 di kawasan bandar, bila dah besar macam sekarang ni, saya lebih banyak kagum & seronok tengok rumah Kampung, tah le, tapi, memang sangat kagum & seronok rasa kalau dapat jadi cam dorang...

Kalau bab berjalan-jalan atau bercuti, bila bincang dengan Wife, dia sangat perasan, kalau saya yang pilih, saya akan pilih pergi tempat kampung2 / desa yang jauh daripada orang,..

Mungkin sebab kat Putrajaya ni dah biasa dengan kesibukan...huhu

Lagi satu, kami ni bukan orang Kampung, kami orang Felda, suasana Kampung dengan Felda lain tau...huhu...

Friday 4 November 2016

Ruginya Banyak Cakap, Bodohnya Tak Dengar Cakap...

Lebih 7 tahun saya bekerja sendiri / berniaga, saya mula perasan bila kita selalu tunjuk pandai, maka takda ruang & peluang orang lain nak 'tunjuk pandai' pada kita, makna lain, orang lain takkan suka nak ajar kita...

Sebab tu, ada sorang kawan Kontraktor saya kata dulu : "Pis, takpa orang kata kita bodoh atau pun kita ikut jerr apa orang cakap, janji kita dapat projek, buat je macam orang Cina buat..."

Itu kalau citer bab nak dapatkan projek la kan...

Cuma, lama-lama, saya perasan jugak, bila jumpa orang yang lebih experience daripada kita & kita banyak cakap & tunjuk pandai, orang yang jenis camni takkan suka nak buka mulut tau...

Bila kau balik, baru kau rasa menyesal & cakap dalam hati : "Alamak, apasal la tadi aku banyak cakap & tak banyak tanya tentang Tip Bisnes daripada dia tadi...Aduuiii!"

Ya betul! Memang beberapa kali jugak jadi pada saya, apatah lagi saya ni memang peramah & suka bersembang...haha...

Nak ketap mulut bila jumpa orang tu, fuhhh! seksa jugak untuk orang yang banyak cakap macam saya ni...huhu...

Takpalah, belajar & ubah mana yang patut...

Hmmmm..."Ruginya Banyak Cakap, Bodohnya Tak Dengar Cakap"... :(