Thursday 10 November 2016

Bila Donald Trumph Menang Jawatan Presiden...

Semalam bila Donald Trumph diumum menjadi Presiden, maka semakin kuat saya rasa nak pergi jauuuuhhhh daripada orang, macam Guru saya selalu sebut 'beruzlah', cuma, taklah selama-lamanya, at least dalam 1 bulan, ada waktunya saya rasa perlu untuk duduk jauuuhhh berasingan daripada orang lain...

Di Simpang Pelangai, iaitu sempadan Negeri Sembilan dengan Pahang, Ust saya memang ada buka tempat something like macam pondok untuk pengajian kitab + beramal zikir...

Memang jauh sangat di hujung Kampung, cuma, sangat seronok & tenang bila duduk sana...

Masa awal-awal bangunkan pondok tu pada tahun 2010, saya juga terlibat membantu, walaupun tak banyak, namun, ada lah juga sikit-sikit...

Pekan yang paling dekat di situ adalah Kuala Klawang & sampai sekarang ni saya duk cari rumah untuk disewa di pekan tersebut, namun, masih belum ditemui di Mudah.my...huhu...

Nak sewa je, sebulan sekali bolehlah stay sana sambil ikut pengajian kitab Guru saya + berzikir...In Shaa Allah...

Sebut tentang Donald Trumph tadi, saya duk ingat apa yang Syeikh Abu Zaki sebut dalam kuliyahnya, beliau kata, yang disebut oleh Baginda Rasulullah SAW tentang zaman fitnah itu adalah pada zaman kita ini, iaitu zaman di mana penantian sebelum keluarnya Dajjal Al Masih...

Beliau menasihati kita semua supaya sentiasa melazimi Surah Al Kahfi, semoga Allah melindungi kita daripada fitnah Dajjal, bila sebut tentang lindungan Allah, boleh jadi, kita hidup di zaman Dajjal, namun, Dajjal tidak sampai kepada kita, bahkan mungkin, kita tak tahu pun Dajjal telah keluar, yang kita tahu Dajjal telah pun dibunuh oleh Nabi Allah Isa a.s...In shaa Allah, sentiasalah lazimi Al Kahfi...

Disebut, kebanyakan Ulama' sentiasa bermohon supaya tidak hidup di zaman Dajjal kerana bimbangnya mereka tentang fitnah besar Dajjal, itu Ulama', kita camna? Subhanallah...

Ust Iqbal Zain Al Jauhari pula sebut, bila sampai zaman tersebut, Sahabat tanya kepada Baginda Rasulullah SAW, apa yang perlu kami buat sekiranya sampai kepada zaman tersebut...?

Jawapnya : "Pergilah ke hujung kampung yang jauh daripada manusia, beribadatlah di situ kepada Allah sehingga Allah mencabut nyawamu..."

Allah, bimbangnya lah rasa, takutnya lah rasa...

No comments:

Post a Comment