Sunday 4 December 2016

3 Bukti Drama "Suri Hati Mr Pilot" Kurang Nilai Moral...

Asalnya saya tengok daripada awal cerita Suri Hati Mr Pilot ni, namun, selepas beberapa episod, saya nampak sedikit 'pelik' & terdapat kelemahan dari segi penceritaannya, seolah Penulis berada di alam fantasi & menulis dengan mengabaikan nilai moral...

Bila abaikan nilai moral, cuba bayangkan, apakah persepsi Pembaca, bahkan jutaan Penonton siri drama tersebut?



Asalnya hari tu masa drama ni tamat, saya dah nak tulis, tapi, tak sempat, then, bila dah lama tamat, aura pun dah 'sejuk', saya pun lupakan jela nak tulis apa-apa...

Tapi, bila drama ni keluar semula hujung minggu Sabtu & Ahad, saya expect ada baiknya saya tulis jugak...

Jadi, apa yang saya nampak kurang nilai moral?

1. Masa awal-awal drama ni start, si Warda derhaka kepada Ayahnya, beliau ingkar kata Ayahnya untuk berkahwin dengan lelaki pilihan Ayahnya, si Warda ni pun lari dari rumah, rasanya 1-2 tahun, takda masalah bab lari rumah tu, sebab memang biasa terjadi, namun, apa yang ditunjukkan dalam tempoh si Warda ni lari rumah atau ingkar kata Ayahnya? Kelihatan kehidupan si Warda senang & gembira seolah takda apa-apa masalah menjadi seorang anak yang derhaka...

2. Waktu si Warda nak kahwin dengan si Ejaz Fakri, si Warda rasa seolah keputusannya tak betul, beliau rasa nak lari lagi dari rumahnya, apa yang Mamanya kata? Yang saya ingat Mama nya kata : "Ambil kunci ni, kalau Warda rasa dengan lari lagi sekali ni adalah keputusan terbaik Warda, Mama relakan..."

3. Masa Ejaz Fakri kemalangan & kakinya lumpuh, boleh pulak si Warda yang sememangnya Isteri kepada Ejaz Fakri lari meninggalkan suaminya sendiri, bertahun-tahun tanpa berita & yang digambarkan dalam tempoh tersebut, si Warda seolah bahagia & gembira hidup tanpa suami...

3 point ni je yang saya nampak kurang nilai moralnya & seolah Penulis meletakkan CINTA & Hawa Nafsu mendahului nilai moral & syariat Islam, inilah yang saya maksudkan seolah Penulis leka dibuai & diulik cinta semasa menulis novel Suri Hati Mr Pilot ni...

Soalan saya...

Apakah persepsi kepada anak-anak muda kita apabila melihat jalan cerita sebegini? Adakah tak terkesan?

Yang saya nampak, seolah-olah Penulis ingin menyatakan apa yang si Warda itu buat adalah betul...

Yang paling membimbangkan lagi, apa akan jadi jika orang muda hari ni membuat perkara yang sama sebagaimana Warda buat? Yela, seolah macam best je menjadi 'Derhaka', duduk luar negara, gembira, takda masalah apa-apa, boleh je makan mewah & lain-lain...

Itu sahaja yang saya concern sangat...



Takda niat apa-apa, sekadar teguran & nasihat supaya Penulis berhati-hati dalam bila menulis novel beliau, lagipun saya tak kenal pun siapa Penulisnya...

Pada saya, Allah & Rasul dah letakkan 'pagar' & batas untuk segala hal & urusan, jika kita melampaui batas, bimbang tak terjawab kita bila bertemu dengan Allah nanti...

Sama ada apa pun pekerjaan kita, mesti dapatkan bimbingan dari para Alim Ulama', jangan suka-suka ikut kepala kita sendiri, kerana itu semua Hawa Nafsu semata-mata...

Saya doakan Penulis sedar & sentiasa sukses dalam kerjayanya...Ameen, In Shaa Allah...! :)

No comments:

Post a Comment