Tuesday 8 November 2016

Hebatnya Cukup & Berkat...!

Banyak kali berlaku dalam hidup saya sendiri bila sebut tentang bab cukup & berkat ni...

Saya pernah 'win' dalam beberapa perkara urusan hidup, boleh kata macam keuntungan yang dijangka @ yang diminta, minta pada siapa? Allah le, mana lagi tempat nak meminta selain doa padanya...

Banyak lerr contohnya, sampai sekarang ni saya pun tak tahu nak cerita yang mana satu dah ni, betul...huhu, ada yang rasa tak perlu cerita, ada yang rasa nak cerita sangat tapi malu...hmmm...

Saya bagi contoh lain la ek, yang mungkin tak mengaibkan diri sendiri...haha...

Banyak saya jumpa orang bila berdoa pada Allah nak kan itu ini & macam-macam perkara, contoh besar dia nak ada income RM 10,000.00 sebulan melalui bisnes ataupun pekerjaan dia...

Tup tup, selepas beberapa bulan berusaha, akhirnya Allah izinkan dia untuk dapat RM 10,000.00 sebulan income, betul!

Then, selepas beberapa bulan juga, beliau rasa income RM 10k tu tak cukup untuk menampung & menyara kehidupan dia serta keluarganya...

Acaner nak buat tu? Hmmmm....

Sebab tulah Allah & Rasul ajar kita untuk sentiasa mohon pada Allah KECUKUPAN & KEBERKATAN, bila kita minta 2 ni, Subhanallah, kadang kita pun pelik, RM 1k mungkin dah cukup ataupun lebih hebat RM 100k adalah paling cukup untuk kita...

Bila kita minta 2 perkara ini, sebenarnya kita meletakkan sepenuh pengharapan kepada DIA yang Maha Mengetahui keperluan kita & makna lain juga kita langsung tak meletakkan HAD kepada keperluan kita...

Subhanallah, sebab tu, kena ikut saranan Junjungan Baginda Nabi SAW, itulah juga yang diajar Baginda Nabi kepada salah seorang Sahabatnya Tha'labah, namun, dalam kisah tersebut Tha'labah tidak menuruti saranan Baginda Nabi SAW...Wallahu 'Alam...


No comments:

Post a Comment